Make your own free website on Tripod.com

Seni Lagu Al-Quran - Taranum Al-Quran

Seni Lagu Al-Quran

home | Seni Lagu Al-Quran

Rasa seni adalah salah satu bahagian daripada rasa yang lahir dari jiwa atau rohani manusia.  Manusia dapat menciptakan sesuatu kerana kemahuan, dan kemahuan itu timbul kerana adanya daya paduan antara rasa rohaniah manusia itu dengan akal fikiran, sebagaimana yang dinukilkan oleh ilmu jiwa:
"Ilmu jiwa membahagi rasa dalam dua bahagian,
iaitu rasa indera dan rasa rohani, rasa rohani itu terbahagi dalam rasa agama, etika, esterika, intelek, sosial dan rasa diri sendiri."
 
Dalam pembahagian diatas, kita dapati bahawa ilmu jiwa meninjau jenis2 yang ada pada jiwa manusia dari jurusan rasa, iaitu rasa inderawiah dan rasa rohaniah.  Pendapat diatas menunjukkan bahawa jiwa manusia dihiasi dengan unsur seni, kerana didalam jiwa itu terdapat sifat2 atau rasa senang dan terharu terhadap sesuatu yang indah.  Hal ini sudah menjadi naluri (gharizah) yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada manusia.  Allah s.w.t. menjelaskan hakikat ini melalui firmanNya sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran, surah Ali Imran, ayat 14, yang bermaksud;
"Dihiasi manusia itu dengan cintakan syahwat daripada perempuan, anak2, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda2 tunggangan, haiwan2 ternak dan kebun2 yang luas.  Yang demikian itu adalah kesenangan didunia dan Allah adalah sebaik-baik tempat kembali."
 
Segala keindahan itu dapat dirasakan oleh jiwa manusia dan keindahan itu adalah manifestasi dari adanya rasa seni bersemayam dijiwa manusia.  Menonjol atau tidaknya rasa seni itu bergantung kepada peribadi yang mengembangkannya kerana benih2nya sudah ada dalam jiwa setiap insan.
 
Adapun pengertian seni menurut Herbert Spencer ialah:
"Kesenian secara mudah dan biasa didefinisikan sebagai usaha untuk menciptakan bentuk2 yang menyenangkan."
 
Berdasarkan pendapat2 diatas, dapat diambil suatu kesimpulan, bahawa seni atau kesenian itu adalah segala ciptaan manusia yang lahir dari getaran jiwanya yang dapat mewujudkan sesuatu yang indah dan luhur.
 
Dalam bahasa Arab, lagu itu dikenali dengan istilah Taranum atau al-Han dan al-Ghina.  Membaca al-Quran secara berlagu adalah digalakkan dalam Islam.  Banyak hadith yang menggesa umat Islam, agar membaca al-Quran dengan berlagu, antaranya ialah:
 
1)  Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud,
    "Allah tidak mengizinkan terhadap sesuatu sebagaimana yang diizinkanNya
     kepada Nabi s.a.w. agar berlagu didalam membaca al-Quran."
 
2)  Sa'ad Bin Abi Waqas meriwayatkan, bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda
     yang bermaksud,
    "Barangsiapa yang tidak berlagu ketika membaca al-Quran, bukanlah dari
     golongan kami."
 
3)  Ibn Bathal menceritakan, bahawa galakan membaca al-Quran secara berlagu
     itu disokong oleh hadith rasullullah s.a.q. yang diriwayatkan oleh Abdul Alla
     dari Muammar dari Ibn Syihab, yang bermaksud,
    "Sesuatu yang diizinkan kepada Nabi .a.w. ialah berlagu ketika membaca
     al-Quran."
 
4)  Abd al-Razzaq meriwayatkan dari Muammar, bahawa Rasullullah s.a.w.
     bersabda yang bermaksud,
    "Sesuatu yang diizinkan kepada nabi s.a.w. ialah memperindahkan suara
     (ketika membaca al-Quran)."
 
5)  Imam Muslim meriwayatkan dari Muhammad bin Ibrahim al Taimi dari Abi
    Salamah dari abu Daud dan Thahawi berdasarkan riwayat 'Amr ibn Dinar dan
    Abi Salamah dari Ahu Hurairah, mengatakan bahawa rasullullah s.a.w.
    bersabda yang bermaksu,
    "Perindahkanlah lagu-lagu itu dengan al-Quran."
 
6)  Ibn Syaibah meriwayatkan dari hadith 'Uqbah bin 'Amr, bahawa Nabi s.a.w.
     bersabda yang bermaksud,
     "Pelajarilah al-Quran dan berlagulah membacanya serta nyaringkan suara."
 
Imam al Thabari menjelaskan bahawa taranum atau lagu itu tidak berlaku kecuali dengan suara yang membolehkan qari memperelok dan mengalunkan suaranya ketika membaca al-Quran.
 
Manakala Imam Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalam menerangkan dalam kitabnya "Fadhail al-Quran", bahawa membaca al-Quran secara berlagu sesuai dengan kehendak jiwa dan selaras dengan bentuk ragam ayat al-Quran itu sendiri.
 
(Tulisan dipetik dari buku Seni Lagu Al-Quran diMalaysia yang ditulis oleh Md Ali Abu Bakar)